hari yang menyedarkan
lama juga aku fikir
lama juga merenung
susah juga menilik nasib
(mane bole tilik)
agak sukar mencari makna
dan sangat payah untuk beritahu hati
tak terluah nak jelaskan pada jiwa
tentang satu rasa
sebab ini bukan perkara main-main
tanyalah siapa-siapa
siapa yang tidak mahu hidup bahagia
tidak mahu hidup sempurna
tapi manusia
hanya mampu berjanji
merancang
bisikkan kata-kata yang indah
yang mampu buat kita tersenyum
janjikan hidup yang indah
yang bahagia
buat kita seperti tidak mahu menoleh lagi
tapi
kadang-kadang tak semua yang kita mahukan
akan menjadi milik kita
ada perkara yg kita tak pernah fikirkan
tiba-tiba datang dan tinggal dalam hati kita
itulah kehidupan
kehidupan yang takkan pernah kita jangka
jadi
aku sudah biarkan hidup ini
gembira ini
dalam rasa yang sangat redha.